Tahun-tahun awal Steve_Irwin

Dilahirkan di Essendon yang merupakan sebuah subbandar Melbourne, Steve Irwin berpindah dengan ibu bapanya, Bob dan Lyn, ke Queensland ketika masih kanak-kanak. Ibu bapanya mengurus Taman Reptilia dan Fauna Queensland, dan Steve biasa dikelilingi oleh buaya-buaya dan reptilia-reptilia semasa dibesarkan. Beliau kemudian menjadi seorang pemerangkap buaya dan secara percuma, membantu menghapuskan buaya-buaya yang masih berkeliaran di tempat-tempat kediaman yang berhampiran, dengan syarat quid pro quo bahawa beliau dapat menyimpan buaya-buaya itu di dalam taman ibu bapanya. Semasa masih kanak-kanak, beliau mengalami suatu kejadian yang buruk dengan seekor burung kakaktua yang menyebabkan beliau takut akan burung nuri pada sepanjang hayatnya.